Monday 3 May 2010

Catatan 1_permulaan..


Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah hari ini saya bercadang untuk berkongsi cerita dengan orang lain atas dasar perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada semua. Sudah lama saya memikirkan idea ini. Hidup bukan untuk kita seorang sahaja. Manusia yang bermanfaat adalah yang banyak berbakti kepada orang lain.


Kenapa saya tergerak untuk berkongsi?...kadang kala kita manusia terlupa, alpa dan leka, kita perlukan pedoman Allah dalam hadapi keadaan tersebut. Melihat ramai penulis yang mampu berkongsi motivasi, pengalaman dan ilmu, saya terpanggil, mungkin bila kita terjatuh dan tersungkur, kita mendapat kekuatan melalui penulisan sahabat-sahabat kita, dan kadang kala kita yang bermotivasi, tapi adakah kita mampu berkongsi? oleh sebab itu, saya bercadang untuk turut sama berkongsi. Namun, saya dengan kesedaran yang tinggi mengetahui bahawa hidayah, ketenangan dan kekuatan itu semuanya milik Allah, seperti firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah (2:272):


Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,
akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik)siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baikyang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanyaitu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakansesuatu melainkan karena mencari keridaan Allah.Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan,niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukupsedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).

Saya dengan kesedaran mengetahui terlalu cetek ilmu diri, namun saya berharap melalui perkongsian ini dapat menjadi momentum kepada saya untuk terus menambah ilmu dan terus berkongsi. Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah (9:122)

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukminitu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongandi antara mereka beberapa orang untukmemperdalam pengetahuan mereka tentangagama dan untuk memberi peringatankepada kaumnya apabila mereka telahkembali kepadanya, supaya mereka itudapat menjaga dirinya.

Di atas dasar untuk saling mengingati dan pada masa yang sama mengkoreksikan diri, InsyaAllah saya akan berusaha untuk sama-sama berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan anda semua. Jelas sekali bahawa hidayah itu milik Allah secara mutlak, Dia ah jua yang memberi dan menarik nikmat itu. Seperti dalam firmannya dalam Surah Yunus (10:108):

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu kebenaran (Al Qur'an) dari Tuhanmu, sebab
itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka
sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri.
Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya
kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri.
Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu".

Namun sebagai hamba yang kerdil, suka untuk saya berkongsi ilmu yang diperoleh dengan sahabat-sahabat. Kadangkala mungkin ia berbentuk pengalaman, catatan harian atau mungkin hanya pemerhatian sendiri. Hakikatnya, kita manusia adalah khalifah di muka buminya. Andai kata kita terfikir yang jawatan khalifah itu terlalu tinggi dan tidak tertanggung, mari kita membawa jawatan itu kepada konsep yang lebih kecil iaitu taklifan kepada diri kita sendiri. Ya, kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri dan ini yang membezakan diri kita dengan makhluk Allah yang lain..ya kita boleh memilih. Allah berfirman dalam Surah Asy-Syams (91: 7-10):

dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikandan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orangyang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilahorang yang mengotorinya.

Mungkin ada yang akan berfikir, memang la, "I lead my own way, nobody can force me to do things that I dislike". Tetapi sahabat-sahabatku, sedarkah kita bahawa, tanggungjawab terhadap diri itu bermakna setiap amal perbuatan atas pilihan kita sendiri akan dipertanggungjawabkan tanpa satu pun yang akan terlepas dari timbangan di akhirat kelak. Allah memberi peringatan yang jelas seperti firman-Nya (Surah Az-Zalzalah 99:7-8)

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberatzarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatanseberat zarah pun, niscaya dia akan melihat(balasan) nya pula.

Ayat Allah di atas menunjukkan betapa adilnya Allah kepada hambanya. Kita diberi ruang dan peluang untuk membetulkan diri melalui PILIHAN kita sendiri. Oleh sebab itu, saya memilh untuk berkongsi, dan berharap sahabat-sahabat juga sudi menerima dan menambah sebarang kekurangan dalam penulisan saya. Sesungguhnya terlalu banyak ilmu Allah yang masih belum digali. Mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak saya. Moga kita sama-sama bersemangat untuk terus menuntut ilmu dan berjuang di jalan-Nya. Amiin.

Wallahua'lam...

Bumi asing..spring..10.50 pagi



1 comment:

  1. salam alayk

    insyaAllah..truskan thabat atas jalan ni..semoga Allah redha atas usaha kamu :-)

    ReplyDelete