Friday, 14 May 2010

Penyakit hati_2


bersihkah hatimu? tanya imanmu..
photo by: rockgem


InsyaAllah saya akan menyambung bahagian kedua ceramah oleh Ustaz Roslan Mohd dalam rancangan Tanyalah Ustaz (TV9).

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang; perkara yang diperlukan untuk membersihkan hati, makanan-makanan hati, sebab-sebab hati tidak khusyu' dan ujian yang dihadapi oleh orang mu'min.

Kali ini saya akan sambung beberapa perkara lagi yang saya dapat melalui ceramah tersebut:

1. Menurut Imam Al-Ghazali ada 3 jenis hati iaitu:
  • hati yang penuh dengan taqwa, suci dan berakhlak baik: diri akan tertarik untuk membuat kebaikan. Orang yang jiwanya dipenuhi taqwa akan tenang dan bertepatanlah dengan Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'du (13: 28):
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
  • hati yang penuh dengan hawa nafsu; hati ini sering dipengaruhi syaitan untuk membuat kejahatan dan mengambil nafsu sebagai tuhan.
  • hati yang terumbang-ambing, tidak konsisten: ini bukanlah ciri mu'min yang sebenar.
2. Tidak sempurna iman hingga hati lurus atau betul, hati yang betul dan lurus akan sentiasa hidup dan berada dalam keampunan-Nya, petunjuk-Nya.

3. Tanda orang-orang yang berpenyakit hati:
  • hilang ketenangan, resah gelisah
  • tidak konsisten dalam amalan, kemahuan menguasai diri, syaitan menguasai diri
4. Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kita berada bagi menutup pintu-pintu kejahatan.

5. Iringkanlah keburukan dengan kebaikan, banyakkan beristighfar.

6. Bergaul dengan orang-orang baik supaya dapat memupuk diri untuk membuat kebaikan, hikmahnya: andai kita tidak rajin beribadah, kita akan terikut sahabat-sahabat yang baik untuk buat kebaikan, sebaliknya jika berkawan dengan orang yang tidak baik juga boleh mempengaruhi untuk buat kejahatan.

7. Ada 3 bentuk hati (pendapat lain dari 3 jenis hati):
  • Al-Qalbul maiyyit: hati yang mati, hati orang kafir, dibutakan sampai bila-bila
  • Al-Qalbul maridh: hati yang sakit, hati orang munafiq, tidak konsisten antara buat kebaikan dan melakukan kejahatan
  • Al-Qalbul hayy: hati yang hidup, bernafas dengan nafas iman dan taqwa, ditambah dengan amal soleh.

8. Hidup ini pendek, panjangkan dengan amal soleh: amal baik dapat panjangkan usia iman dan hati

9. Segerakan amal soleh, tinggalkan perkara yang buruk. Beristiqamah (konsisten) dan terus beramal dengan agama dalam apa jua perbuatan.

10. Hati yang sejahtera akan sentiasa nampak akhirat, mengingati mati, nampak jalan ke syurga Allah.

11. Banyakkan berdoa, antara doa yang boleh dibaca: Allahumma inni as aluka qalban saliman
isi kandungan doa ialah mengharapkan Allah mengurniakan hati yang sejahtera.

Setakat ini perkongsian dari saya, moga kita sama-sama mengambil manfaat. Peringatan buat diri ini yang sangat banyak kelemahan. Marilah sahabat, sama-sama muhasabah, sejauh mana bersihnya hati kita? Mari bersihkan moga ia memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya, InsyaAllah...

Wallahua'lam

tenang malam..

No comments:

Post a Comment