Alhamdulillah, diberi peluang menjengah penghulu segala hari, bagaimana anda hari ini? moga pertambahan usia selari pertambahan iman dan amal, sekadar ingatan buat diri ini jua.
InsyaAllah, setiap hari Jumaat saya akan cuba berkongsi isi buku yang telah saya baca, mungkin bukan huraian panjang, tapi lebih kepada isi penting yang dibawakan. Pasti sahabat-sahabat masih ingat zaman sekolah dulu ada pertangdingan membaca buku. Pelajar yang baca paling banyak buku dan menulis ringkasan buku tersebut akan mendapat hadiah. Bila difikirkan, bagus juga ada sistem begitu, sekurang-kurangnya kita terpanggil untuk membaca.
Baiklah, buku yang akan saya kongsikan hari ini ialah:
Buku yang ditulis oleh penulis muda ini membincangkan hukum tarikan yang telah dibicangkan oleh penulis barat iaitu Michael J. Josier dan Rhonda Byrne. Namun, apa yang menariknya, penulis membawa pembaca kepada pembuktian kosep ini melalui ayat-ayat Allah yang pastinya telah wujud sebelum hukum ini diperkenalkan lagi. Saya ada menerangkan sedikit tentang hukum ini dalam post sebelum ini.
Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat bagaimana kita boleh menggunakan hukum ini untuk mencapai kejayaan. Penulis ada memberikan rumusnya:
Lihatlah, tiada jalan pintas untuk berjaya dan bahagia; kedua-duanya memerlukan kekuatan spiritual iaitu keimanan.
Sedikit penambahan dari saya tentang garis panduan Allah tentang ciri-ciri orang yang berjaya dalam Surah Al-Mu'minun (23: 1-11):
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -
7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi -
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa untuk berjaya kita tidak boleh tidak kita mesti berpegang kepada agama. Allah sendiri menjanjikan kejayaan bukan sahaja di dunia tapi di akhirat melalui ganjaran syurga.
Formula:
Penulis buku turut memberi satu formula yang boleh diamalkan untuk menarik kejayaan iaitu:
Seringkali apabila kita inginkan kejayaan kita berdoa, saban hari berdoa dan mengharap. Namun, bagaimana dengan dua perkara selepasnya?. Kedua-duanya memberikan kekuatan tersendiri kepada diri kita. Menurut penulis, rasa syukur dapat menghasilkan getaran dan perasaan positif yang luar biasa. Secara tidak langsung ini melahirkan rasa bahagia. Sudah tentulah bila kita bahagia kita akan lebih terdorong untuk terus berjuang.
Bagaimana pula dengan sabar?
Penulis menyatakan rasa sabar dapat memangkin kita untuk bangkit dari kegagalan. Orang yang bersabar sentiasa berani untuk menghadapi kegagalan. Contoh terbaik untuk direnungkan ialah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Baginda mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi, segala ancaman yang diterima baginda sedikit pun tidak mematahkan semangat baginda untuk terus menyeru ke jalan Allah. Nah, apa lagi yang kita tunggu, siapa lagi manusia yang paling layak dicontoh melainkan baginda?. Marilah sama-sama kita bergerak untuk meningkatkan kesabaran kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi orang yang bersabar seperti firman-Nya dalam Surah Ali-Imran (3:200):
Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Di bahagian akhir buku ini penulis menekankan kepentingan untuk membaca Al-Quran, memahami, mengamalkan doa di dalamnya dan sentiasa mendampinginya. Penulis mencadangkan supaya membaca Al-Quran di sepertiga malam, selepas solat tahajjud.
Banyak lagi perkara menarik yang dikupas dalam buku ini, mungkin sahabat-sahabat boleh memiliki buku ini untuk lebih menghayati isinya. Akhirnya, saya ingin memetik kata-kata yang ditulis dalam buku ini:
Jadi, saya ingin mencadangkan beberapa tindakan yang kita boleh sama-sama lakukan selepas ini:
1) Fikirkan bayangan positif dalam setiap tindakan kita, cubalah sendiri, InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya. Contoh mudah, cuba bercakap sopan dengan orang, InsyaAllah orang yang mendengar akan membalas dengan sopan juga.
2) Tetapkan matlamat yang hendak dicapai dengan jelas. Kalau boleh tulis dan anda lihat hari-hari. Ini boleh jadi rangsangan positif dan boleh jadi peringatan andai anda terlupa untuk membuat bayangan positif.
3) Berbaik sangkalah dengan semua kejadian yang berlaku dan dengan semua orang di sekeliling anda. Percayalah, anda boleh memberi aura positif dan negatif kepada orang di sekitar. Mulakan dengan senyuman, dan cuba lihat hasilnya (tapi awas, senyuman jangan disalahguna, terutama dengan berlainan jantina!).
4) Susunlah, rancanglah, bergerak, bertindak dan akhirnya muhasabahlah.
Akhir kalam, saya ingin berkongsi doa yang boleh kita sama-sama amalkan:
"Ya Allah, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu jangalah Engka serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau" Amiin..
mari sama-sama berfikir positif dan menyampaikan aura positif!
Wallahua'lam
hari yang cerah dan indah
No comments:
Post a Comment