Monday 21 February 2011

Kata-kata hikmah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sekadar ingin berkongsi, hari ini saya dapat minat baru iaitu;

"merekacipta wallpaper"

Kiranya, ini tiga hasil pertama saya. Bukanlah cantik sangat tapi agak satisfying buat diri saya yang baru mencuba.


Kata-kata hikmah yang saya ambil dari buku "400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali Karamallahuwajhah". Boleh tengok di sini tentang buku yang saya rujuk. Mungkin ada sahabat-sahabat lain yang pandai reka wallpaper, boleh la berkongsi dengan saya ya. Maklumlah saya budak baru belajar.







Sekadar mengambil peringatan dari Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat". Samalah kita "Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (Isi kandungan Surah Al-Asr yang sering diulang-ulang).

Moga manfaatnya ada baut kita semua. Hanya usaha kecil dari hamba yang lemah di-sisi-Nya.

Wallahua'alam

sejuk malam

p/s: Bagi yang ingin mencuba untuk merekacipta wallpaper, saya cadangkan mulakan dengan merujuk website ini. Selamat berkarya!

Alam buat tafsiran



Bismillahirrahmanirrahim...


Sekadar berkongsi rakaman foto dari tempat yang amat saya rindui...

Moga saat itu kembali untuk menjenguk lagi dan menikmati kecantikan ciptaan Illahi...

kembang bunga bukan selamanya...begitu juga hidup kita di dunia



Matahari tetap setia terbit dan terbenamnya, patuh pada sunnatullah yang Maha Esa, bagaimana kita? Adakah sudah melanggar fitrah dan lupa peranan asalnya?



Firman Allah dalam surah Ali-Imran (3:189-191):

[189]
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[190]
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

[191]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.



Sama-samalah kita mentafsir dan memikir setiap ciptaan Allah buat peringatan diri....

Wallahua'lam

silent and serene

Apa stand anda?




Apa stand anda?

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ini saya terbaca email dari seorang sahabat tentang isu "Islamisasi" sekolah kebangsaan di Malaysia. Memang sudah lama zaman persekolahan ditinggalkan, namun sebagai warga Malaysia saya turut terkesan dengan isu yang dibangkitkan. Berikut sebahagian dari isi surat yang dipos di laman web Malaysiakini:

Islamisation in national schools going overboard
Concerned parent
Feb 15, 11
12:37pm

Not that this is unknown or new. However, as a parent, I found it quite disturbing that the Islamisation of national schools has reached an alarming state. Allow me to give you a first-hand insight. We had enrolled our daughter at a national school in Bandar Sri Damansara for Primary 1.

What was supposed to be an eagerly anticipated 'graduation' into formal schooling turned out to be a worrying scenario that has caused us to rethink our future in this country as well as our plans for our kids. We had, of course, heard of the instances of the growing Islamic influence in national schools and some horror stories to go along with it. But perhaps we underestimated the level of abuse that was occurring. Orientation was conducted on Jan 2 and the very first horror story to greet us was that all children were required to attend Arab language classes. Don't get me wrong. I am of the opinion that learning a foreign language is beneficial.

untuk bacaan lanjut rujuk link

Sahabat-sahabat sekalian,

Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan, mengapa perkara ini berlaku? Kita tahu sudah lebih 50 tahun kita merdeka. Dalam jangka masa yang lama itu jugalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa telah hidup bersama. Nampknya jangka masa yang lama itu tidak dapat membantu rakyat bukan Muslim untuk memahami agama Islam itu sendiri.

Pada pendapat saya, seharusnya pihak sekolah jeals tentang perkara yang dianggap sensitif oleh sesetengah ibu bapa. Yang paling baik saya rasakan perlu adanya penjelasan mengapa perbuatan yang dianggap meng"Islamisasi"kan sekolah kebangsaan itu dilakukan. Saya yakin, jika ada penjelasan yang baik diberikan, mungkin pihak ibu bapa pelajar bukan Muslim tidak risau lagi. Tuntutan untuk mengajar bahasa selain dari Melayu wajar diberi perhatian oleh pihak sekolah kerana ia juga merupakan keperluan bagi pelajar bukan Melayu.

Seharusnya kita sama-sama mengambil iktibar tentang isu ini agar ia tidak lagi menimbulkan kekeruhan. Betulkan salah faham tentang Islam kepada orang bukan Islam. Sebagai muslim, tunjukkanlah contoh yang baik kepada yang bukan Muslim, kerana setiap dari kita menjadi duta yang dilihat dan dinilai oleh orang sekeliling. Janganlah kita menjadi perosak seperti kata pepatah;

"Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga"

Baiki diri, hiasi peribadi peribadi dengan akhlak Islam... jadi..apa stand anda?

Wallahua'lam

foggy

Sunday 20 February 2011

Sebesar mana egomu?


egokah kamu?
sumber




Sebesar mana egomu?

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara pinjaman Allah. Semalam, salji turun kembali di sini. Subhanallah...dalam cerah dan hujan, Allah turunkan salji. Hari ini cuaca kembali sejuk seperti biasa. Kejadian alam ini mengingatkan saya bahawa hidup kita secara keseluruhannya berada dalam kekuasaan Allah. Allah mampu menjadikan sesuatu tanpa perlukan bantuan sesiapa. Hakikatnya, hidup kita juga begitu; ceria gembira hari ini tak bermakna selamanya. Baru sahaja mendengar berita pemergian ayah seorang sahabat di sini. Perginya mengejut, dan ini mengingatkan saya tentang itulah hakikatnya bila kita menjadi orang yang diciptakan. Allah selaku Al-Khaliq (pencipta) berhak melakukan segalanya kepada kita.

Sebenarnya, hari ini saya berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Nouman Ali Khan yang bertajuk Islam and Ego. Di sini saya sertakan link untuk video tersebut. Pada saya, tajuknya sangat menarik dan isi yang diketengahkan sangat dekat dengan situasi seharian kita. Betapa kita tidak menyedari kadang-kala perasaan ego itu hadir dalam diri kita. Contoh mudah yang diberikan ialah apabila kita merasa sakit hati atau kurang senang apabila idea dan tindakan kita ditegur oleh orang lain. Adakah kita begitu? Sama-samalah kita fikirkan.

Suka untuk saya berkongsi tentang perspektif yang diberikan oleh penceramah di satu video yang lain dalam rancangan "The Deen Show", iaitu tentang tujuan asal kita dijadikan oleh Allah. Analoginya mudah:

"Jika kita membuat atau mencipta sesuatu, tentulah kita ingin mendapatkan manfaat daripada benda yang diciptakan. Begitulah kita sebagai manusia, kita dijadikan tidak lain hanyalah untuk beribadah kepadanya. Tetapi sejauh mana kita menyedari hakikat itu? Sejauh mana kita memenuhi 'expectation' yang Allah tetapkan? Sedarkah kita Allah selalu memberi peluang untuk kita berubah walaupun telah banyak kesalahan kita lakukan?"

Dalam video berkenaan ego itu, penceramah menerangkan tentang beberapa tips untuk menghilangkan rasa ego, antaranya:

*Mengingati Allah dengan ingatan yang bersungguh-sungguh bukan sekadar melafazkannya. Caranya dengan memasukkannya ke dalam hati. Pujilah Allah dengan zikir secepatnya andai kita dipuji dan dikeji. Kadang-kala kritikan atau perkataan buruk yang dinyatakan oleh orang lain adalah satu cara Allah mengajar kita untuk merendah diri dan memikirkan kembali siapa diri kita yang sebenarnya.

*Belajar untuk membantu orang lain. Berterusan untuk melakukan kebaikan (isitiqamah). Kita perlu sedar bahawa kebaikan yang kita lakukan itu hanya usaha kita, tapi ganjaran yang selayaknya hanya Allah yang boleh berikan.

*Belajar untuk bercakap hanya kepada perkara yang perlu. Cari cara terbaik untuk menegur kesilapan orang di sekitar kita. Bercakaplah secara rendah diri dalam bertindak mengingatkan orang lain. Hakikat yang perlu kita sedari ialah, orang yang memberi nasihat lebih banyak mendapat manfaat berbanding orang yang dinasihati.

Sekian dulu perkongsian saya, hanya sedikit yang mampu saya berikan. Rendahkanlah dirimu, penuhi diri dengan kesedaran tentang hakikat kejadian kita. Saya amat berharap agar sahabat-sahabat dapat sama-sama berkongsi dengan saya tentang sebarang ilmu kebaikan dan komen
agar saya dapat memperbaiki diri.


Wallahua'alam


sejuk dan mendung

Saturday 12 February 2011

Bangkitlah wahai ummah!





Bangkitlah wahai ummah!

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menyambung penulisan. Sungguh, saya malu dengan kelemahan diri tidak dapat istiqamah dalam menulis. Sesungguhnya hidup itu ujian, dan saya telah dan sedang diuji, sama seperti rakan-rakan sekalian. Mengingat kepada kelemahan diri menyebabkan saya tidak dapat mengelak dari memikirkan balasan yang bakal diterima hasil dari perbuatan diri. Saya menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama menilai diri sejauh mana kita telah berjaya menjawab TIGA persoalan utama tentang matlamat kejadian manusia:

1. Kenapa aku dijadikan?

2. Apakah tugas utama aku di alam ini?

3. Ke mana aku akan pergi?

Sahabat sekalian,

InsyaAllah kali ini ingin saya berkongsi serba sedikit berkenaan kebangkitan umat Islam di Tanah Arab. Alhamdulillah, tanggal 11 Februari 2011 menjadi hari keramat kepada warga di Mesir. Bukti kebangkitan yang dicetuskan oleh rakyat mampu menghasilkan impak yang besar kepada negara secara keseluruhannya. Hasil dari kesedaran tentang hak sebagai rakyat yang ditindas melahirkan gelombang perjuangan yang marak membara. Pemerintahan diktator selama 30 tahun akhirnya tumbang dalam masa 18 hari. Jelas kita lihat bukan sahaja pemuda Mesir yang berjuang, namun pergerakan ini turut disertai oleh kaum wanita, kanak-kanak dan warga tua. Ini jelas menunjukkan betapa setiap dari rakyat mampu menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan sesebuah negara.

Sebenarnya, jika kita lihat, tindakan yang dilakukan oleh rakyat Mesir atau rakyat dari Tanah Arab sebenarnya secara tidak langsung menjawab persoalan yang kedua seperti di atas. Dengan menyedari bahawa tugas utama manusia sebagai khalifah membawa kepada kesedaran bahawa keadilan perlu ditegakkan.

Sahabat sekalian,

Setiap kejadian Allah itu pasti ada hikmahnya. Benarlah firman Allah dari Surah Al-Baqarah (2: 269):

“Dia yang memberikan hikmah (kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia syariat agama) kepada siapa yang Dia kehendaki . Barangsiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat”

Daripada ayat ini saya menyeru agar kita cuba mempelajari, memahami dan menilai hikmah di sebalik kebangkitan rakyat di Mesir. Allah memberi ingat kepada manusia bahawa sebesar manapun kekuasaan kita ke atas sesuatu tidak akan mampu menandingi kekuasaan Allah yang Maha Agung. Sebagai makhluk yang kerdil, amatlah penting untuk kita menginsafi kelemahan diri dan tidak membesarkan diri di atas sekelumit kelebihan yang kita miliki. Wajarlah kita menyedari bahawa setiap yang kita miliki pasti akan diambil kembali kerana kita hanyalah peminjam kepada barang kepunyaan Allah. Sekian dahulu perkongsian saya setakat ini. Moga kita sama-sama diberi kekuatan untuk terus menyumbang kerana itulah akhirnya yang akan dibawa bagi tujuan menjawab soalan ketiga di atas.

Wallahua’lam

snowy