Assalamualaikum sahabat semua. Bagaimana anda hari ini? Moga hari ini lebih baik dari semalam dan moga kita sentiasa berada dalam peningkatan iman dan amal, InsyaAllah. InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi berkaitan MEMBACA. Apa yang penting tentang tajuk ini? Hari-hari kita melakukannya, tapi sejauh mana tahap kita? Ya, persoalan tentang kualiti bacaan serta impak dari pembacaan.
Sahabat-sahabat sekalian,
Ingin saya membawa sahabat semua tentang membaca ini. Setakat yang kita tahu, membaca mungkin hanya melibatkan aktiviti satu hala, iaitu kita melihat dan faham apa yang kita baca. Namun, sedarkan kita membaca sebenarnya lebih dari itu. Mari kita lihat Firman Allah dalam ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW iaitu Surah Al-A’laq (96:1);
“bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk)”
Lihat sahabat, membaca adalah adalah ruang pertama untuk kita mengenal hakikat penciptaan manusia serta hubungan kita dengan Maha Pencipta. Jika kita fikir kembali bagaimana kita boleh mendekatkan diri dengan Allah jika kita tidak mengetahui? Bagaimana kita boleh menjadi yakin terhadap apa jua keputusan yang bakal kita ambil jika kita tidak cukup ilmu?
“tetapi orang-orang Yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang Yang beriman, sekaliannya beriman Dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang Yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang Yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah Yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.”
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ (4:162) menunjukkan betapa orang yang mendalami ilmu itu dan melakukan ibadah yang diwajibkan akan diberikan pahala besar oleh Allah. Jadi apalagi yang kita tunggu? Ayuh bergerak ke arah perubahan!
Kadangkala kita terfikir bagaimana untuk kita menjadi orang yang suka membaca sedangkan suasana untuk menggalakkan tabiat itu masih kurang? Jadi, saya sarankan sahabat-sahabat semua untuk mewujudkan suasana suka membaca itu. Ajak sahabat lain untuk membaca. Andaikata kita kurang semangat untuk membaca, mungkin kita boleh cadangkan supaya kita berkongsi ilmu dari buku yang kita baca. Saya cadangkan untuk kita buat book review.
Kali ini saya akan kongsikan bagaimana hendak buat book review dengan cara yang lebih efektif melalui kaedah “Speed reading” yang saya pelajari semasa kursus baru-baru ini. Sebelum itu mari kita lihat apa ciri-ciri speed reader:
- Do preview on what you going to read (buat bacaan awal tentang bahan bacaan kita sebelum kita membacanya)
- Keep eye moving forward (terus membaca ke hadapan secara laju)
- Use peripheral vision (penglihatan yang bermula dari tengah atau titik fokus ke kanan dan kiri atau atas dan bawah)
- Grouping words while reading (contohnya perkataan-perkataan yang mengumpulkan maksud yang sama)
- Be confident with your brain ability (InsyaAllah otak ciptaan Allah sangat ajaib untuk membaca laju)
- Use guide while reading (contohnya: pen, pensil; jangan guna pembaris kerana ia akan menutupi perenggan bawah bahan bacaan yang dibaca)
Sekarang, kita perhatikan pula apa ciri-ciri slow reader:
- Back reading (kerap berpatah balik ke tempat asal kita mula membaca, jadi lambat habis membaca)
- Lack of concentration (kurang fokus, kerap terganggu semasa membaca)
Perkara penting yang kita perlu beri perhatian ialah memastikan kita benar-benar bersedia untuk membaca. Maksudnya, kita perlu buat persiapan bukan sahaja bahan yang hendak dibaca, tapi juga fikiran, dan perhatian kita. Alangkah rugi jika kita sebenarnya boleh menghabiskan bacaan dalam masa 1 jam, tetapi akibat kita tidak bersedia fizikal dan mental kita akhirnya membaca selama 2 jam. Jadi, langkah yang boleh kita ambil ialah:
- Pastikan meja anda kemas, letak semua buku atau barang lain yang tidak berkaitan di tempat lain.
- Pastikan bahagian depan tempat anda membaca tidak semak dan tidak diletakkan bahan-bahan yang boleh mengganggu tumpuan anda.
- Sediakan alat tulis dan kertas untuk mencatat review anda.
- Sebaiknya gunakan 45 minit untuk sesi pertama, kemudian berhenti untuk rehatkan minda.
- Anda digalakkan untuk buat senaman semasa rehat. Contohnya menarik nafas dalam-dalam atau melakukan senaman atas kerusi.
- Gunakan pen atau pensil untuk membaca, gerakkan alat tulis itu dalam bentuk garisan lurus atau zig zag semasa membaca.
Ok, setakat ini dahulu, InsyaAllah akan saya kongsikan teknik speed reading di masa akan datang dengan izin-Nya. Mari sahabat, saya mengajak diri juga untuk bergerak, tingkatkan bacaan moga bertambah ilmu menyedarkan kita bahawa kita ini masih sangat-sangat kekurangan dalam ilmu. Sesungguhnya ilmu Allah sangat luas..bukalah minda dan hati..doa moga ilmu kita sentiasa diberkati-Nya.
Wallahua’alam
Ingatan buat diri: Berubah itu bukan pilihan tapi kemestian!
No comments:
Post a Comment