Alhamdulillah dapat lagi saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. InsyaAllah kali saya hendak berkongsi pengisian yang didengar dari program Tanyalah Ustaz (episod 122-123) yang diberikan oleh Ustaz Roslan Mohd (UM). Jadi InsyaAllah saya akan berkongsi tentang buku yang telah dibaca pada masa yang lain. Tajuk yang disampaikan ialah: Penyakit hati.
Mungkin ramai yang boleh mengagak tajuk ini bukanlah berkaitan dengan penyakit hati dari aspek perubatan tetapi hati yang dimaksudkan ialah qalbun (hati spiritual). Antara isi kandungan ceramahnya ialah:
1. Pentingnya untuk menjaga hati kerana Allah sendiri mengingatkan kita supaya tidak menjadi orang yang diberikan hati tetapi tidak digunakan sebaiknya (Surah Al-A'raf: 7: 179). Orang seperti ini diumpakan seperti haiwan, Nauzubillahhi minzalik..
dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.
2. Menurut Ibnul Mulaqin (ulama' mazhab Syafie), terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk membersihkan hati iaitu:
- membaca Al-Quran dan mentadabbur (meneliti) makna ayat-ayat Allah
- berpuasa untuk tujuan merenggangkan nafsu
- berqiyamullail
- bermuhasabah semasa bersahur (menilai diri dan kesalahan yang pernah dilakukan)
- duduk bersama orang-orang soleh seperti ustaz, imam, atau kawan-kawan yang ba
3. Terdapat beberapa perkara yang menjadi makanan hati iaitu:
- menjadi orang yang berilmu dan rajin menuntut ilmu
- sentiasa berada dalam kebenaran (menilai setiap tindakan yang dilakukan)
- doa supaya dibimbing oleh hidayah
- mencari ketenangan atau kedamaian dengan cara muraqabbah supaya rasa diri dekat dengan Allah
- menghitung setiap amalan (bermuhasabah); jika baik disyukuri, jika buruk ucapkan astagfirullah
4. Orang yang sentiasa mencari redha Allah akan menjadi bersih hatinya.
5. Sebab-sebab hati tidak khusyu':
5. Sebab-sebab hati tidak khusyu':
- hati sentiasa dalam keadaan berbolak balik (beralih arah)
- hati yang hidup dengan kepalsuan, penuh dengan dosa dan maksiat
- hati yang tidak berada dalam keampunan Allah
6. Sabda Nabi SAW: terdapat 5 ujian atau ancaman hidup seorang mu'min iaitu:
- syaitan yang menyesatkan
- nafsu yang merangsang
- orang mu'min yang dengki
- orang kafir yang marahkan kita
- orang munafiq yang membenci kita
7. Andaikata timbul penyakit hati seperti berdengki, amalkan sifat qanaah iaitu rasa cukup apa yang ada dan terus berusaha dengan apa yang kita miliki.
InsyaAllah, saya akan sambung bahagian kedua akan datang. Moga sedikit perkongsian ini dapat membantu untuk kita sama-sama menilai diri dan bergerak ke arah perubahan yang lebih baik, InsyaAllah.
teruskan usaha sahabat-sahabatku, InsyaAllah teruskan doa kepada-Nya...
Wallahua'lam
petang yang indah
InsyaAllah, saya akan sambung bahagian kedua akan datang. Moga sedikit perkongsian ini dapat membantu untuk kita sama-sama menilai diri dan bergerak ke arah perubahan yang lebih baik, InsyaAllah.
teruskan usaha sahabat-sahabatku, InsyaAllah teruskan doa kepada-Nya...
Wallahua'lam
petang yang indah
No comments:
Post a Comment