Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillah saya masih diberikan Allah kesempatan untuk berkongsi. Kali ini saya ingin berkongsi video yang saya rasakan mampu menyuntik semangat kita untuk terus bergerak ke hadapan. Seperti yang saya bincangkan dalam post sebelumnya tentang sifat malas, kini saya sertakan pula video yang diharapkan menggerakkan diri kita ke arah perubahan yang positif.
Sebenarnya, video ini (link) turut ditujukan buat sahabat-sahabat yang bakal menempuh peperiksaan, moga dapat membantu dalam membina bayangan minda (thought) yang baik. Bayangkan anda berada di dalam dewan atau bilik peperiksaan dalam keadaan tenang, tersenyum ketika menjawab soalan dan berwajah yakin dengan jawapan yang diberi.
Bagaimana dengan persiapan diri sahabat-sahabat semua? Harapnya, semuanya mencukupi. Di sini saya ingin berkongsi doa-doa yang boleh diamalkan sebelum memulakan pelajaran.
Satu perkara yang perlu diingat tentang ilmu yang kita pelajari sama ada ilmu duniawi (seperti perubatan, kejuruteraan, seni dan sebagainya) atau ilmu ukhrawi akan membawa kita kepada Allah. Ini dijelaskan di dalam firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah (2:32):

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. |
Oleh sebab ilmu itu datangnya dari Allah, maka untuk memudahkan kita menerima ilmu tersebut, seharusnya kita menjaga hubungan kita dengan-Nya. Ini kerana Allah lah punca segala ketenangan dan Dia lah memberikan keberkatan terhadap ilmu yang kita pelajari. Sesuai dengan firman-Nya (Surah-Ar-Ra'd 13:28):
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. |
Setelah puas berusaha, bertawakallah kepada Allah, moga usaha kita diberkati-Nya dan dipermudahkan segala urusan. Petikan dari Surah Ali-Imran (3:159):
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. |
Lihatlah, Allah menyukai orang yang bertawakal. Namun, tawakal jangan disalahguna, ianya hanya berlaku apabila kita telah berusaha selayaknya untuk mencapai kejayaan.
Akhir kalam, saya ingin menyeru diri dan sahabat-sahabat untuk sama-sama mendekatkan diri dengan Allah dalam apa jua keadaan pun, kerana di situlah kekuatan akan terhasil, InsyaAllah.
Selamat menuju gerbang peperiksaan buat yang menunggu. Ingat peperiksaan adalah batu loncatan bukan batu penghalang untuk diri anda. Yes you can do it!. InsyaAllah.
Wallahua'lam,
malam yang dingin..9.25pm
No comments:
Post a Comment