InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi tentang sahabat dan persahabatan. Bila berjauhan dari keluarga sahabat memang menjadi teman rapat yang berada bersama kita. Kadang kala saya terfikir andai ada orang yang tidak mempunyai sahabat atau tidak suka bersahabat, bagaimana keadaan hidupnya? Pasti sunyi tanpa teman untuk berkongsi pandangan dan perasaan. Jantina berbeza melihat persahabatan dari perspektif yang berbeza. Lelaki mungkin lebih cenderung kepada perkongsian minat atau hobi dan perempuan lebih kepada perkongsian cerita dan perasaan. Walau apa pun cara kita melihat persahabatan, jelas sekali bahawa pemilihan sahabat yang betul akan mempengaruhi hidup kita.
Sahabat-sahabat sekalian,
Dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ini, kita terus diasak dengan pelbagai situasi yang kadang kala di luar jangkaan kita. Persahabatan kita turut diuji. Saya yakin setiap dari kita yang mempunyai sahabat pernah mengalami masalah dengan sahabat. Satu perkara yang membuktikan kita masih ingin bersahabat apabila berdepan dengan masalah ialah kita rasa tidak selesa bila tidak berbicara dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Persoalannya kini, adakah kita yang menjadi penggerak untuk berdamai atau adakah kita terus keras hati untuk menunggu pernyataan maaf dari sahabat?
Adakala saya berfikir kita cenderung untuk menyakitkan hati orang yang kita rapat dan sayang. Mungkin kerana kita menganggap bahawa mereka sudah terbiasa dengan cara kita. Kerana rapat, kita melukakan hati sahabat kita, mungkin dengan perbuatan dan kata-kata, atau mimik muka.
Sahabat mampu mencorak tindakan kita. Ibarat pepatah jika berkawan dengan penjual minyak wangi, wangiannya akan terlekat pada kita. Sebaliknya jika tukang besi menjadi kawan, percikan apinya mampu membakar kita. Itulah hakikat persahabatan, sering kita melihat pemilihan kawan yang salah membawa natijah yang buruk. Kenapa? bila kawan kita melakukan perkara yang salah, kita tidak sampai hati untuk tidak sama melakukannya. Andai ada kekuatan mungkin kita mampu menegur. Tapi, jarang-jarang kita mampu menegah dan sering mengikut arus.
Apa yang kita mahu dari persahabatan?
Firman Allah dalam Surah Az-Zukhruf (43:67):

67. pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
Isi ayat ini menerangkan bahawa pada hari akhirat sahabat kita boleh menjadi musuh kita kecuali jika persahabatan itu berlandaskan taqwa. Jelas di sini, andai taqwa menjadi tunjang persahabatan, kita akan terus menilai apa tugas kita sebagai sahabat. Adakah sudah kita menjalinkan ukhwah yang baik dengan mereka? bertanya khabar? menolong setakat yang termampu? menenangkan di kala mereka dalam kesulitan?
Suka saya menyeru diri dan kawan-kawan untuk bergerak menjadi sahabat terbaik. Ingat apa yang kita beri, InsyaAllah bakal mendapat pulangannya pada kita. Tidak perlu kita meminta, tapi lebihkan memberi. Ganjarannya serah pada yang Maha Esa, kerana Dia lebih berhak menilainya. Biar sahabat kita di dunia kekal menjadi teman karib di akhirat. Ayuh! bersahabat kerana Allah.
Wallahua'lam
sejuk..renyai hujan
No comments:
Post a Comment