Sunday, 11 July 2010

Cerita: simpulan_1: kenangan itu


ukhwah..bukan di atas kertas, tapi letaknya di hati



Pagi yang indah..

Terngiang-ngiang lagu "Sebiru hari ini" dendangan Edcoustic. Hati riang, teringat kembali kenangan persahabatan di zaman universiti.

"Mana Aliyah ye? Lama sudah tak jumpa. Isykh rindu betul. Macam mana Farhana, dah kahwin dah" gumamku dalam hati. Teringat setiap seorang sahabatku di Baitul Syifak. Kenangan hidup bersama sangat-sangat kurindui.

"Angah, Anjang, Achik, Anja, Darling, Kak Ainul, Kak Ann, Kak Cik, Kak Long"


2006


"Angah nak pindah ke rumah sewa"kata Aliyah yang kami gelar angah. Kami semua memang rapat, ikatan itu ibarat adik-beradik.

"Tapi kenapa tak nak duduk hostel?" tanyaku. Aku digelar ayong. Kami semua ada gelaran masing-masing. Itulah yang menguatkan ukhwah kami.

"Biar kita hidup berdikari" kata angah.

"Erm....cukup ke duit nak bayar sewa?" soal Darling, atau nama sebenarnya Wardah.

"Ling, kita kumpul duit ramai-ramai, kita boleh share makanan, masak sama-sama, kan seronok!" balas angah.

"Betul juga, lagipun kita dah final year, ni la masanya nak bersama, mana tau, kita tak berjumpa lagi lepas tu..." jawab ku lirih.

"Jangan la camtu ayong, doakan kita bersama ok, paling kurang dalam ingatan masing-masing. Ingat baca doa Rabitah ye" kata Kak Ainul yang lembut orangnya.

"Ok-ok, kiranya set la ye, kita cari rumah sewa. Dekat ngan uni lagi best" kata angah semangat.


2010


"Husna...Husna!, menggelamun pulak dia ye!" usik Nadia.

"Saya tengah syok mengenang zaman muda ni..hehe" jawabku.

"Kenapa ni? tiba-tiba je fikir zaman muda pulak?" tanya Nadia.

"Ni..." balasku sambil menunjukkan Nadia pada skrin laptop yang sedangku tatap.

"Jemputan perkahwinan Aliyah dan Amin" itulah yang tertulis di laman sosial Facebook ku.

"Kenapa dengan jemputan ni?" tanya Nadia.

"Nak pergi ke? jauh tu...." tambah Nadia lagi.

"Tak mungkin la dapat pergi. Hantarkan kiriman doa aja la...." balasku perlahan.


2007

Ayong, hari ni ayong masak boleh? Anja tak sempat nak masak, ada keje sket nak uruskan" pinta Farhana yang kami gelar anja.

"InsyaAllah, boleh. Hari ni balik lambat ke?" tanyaku.

"Ya, tapi balik sekali dengan course mate, so InsyaAllah selamat" balas anja.

Tahun akhir pengajian..memang sibuk. Masing-masing mengejar deadline untuk hantar projek. Bagi yang masuk makmal untuk eksperimen selalunya akan balik lambat, nak siapkan kerja. Bagi yang mengumpul data dari temubual, sibuk menganalisa data. Itulah kehidupan sebagai pelajar tahun akhir. Kesibukan yang mengajar kami untuk saling memahami.

"Isykh...tertekan betul rasanya, tapi kena kuat!" kata Nina yang kami gelar anjang. Walaupun dalam keadaan tertekan anjang memang rasional orangnya.

"Nape ni anj?" tanya Zaza yang kami gelar achik.

"Ni ha, data yang dah save hilang pulak. Laptop buat hal..." balas anjang sedih.

"Takpe nanti esok kita pergi pusat komputer ok, tanya camne nak betulkan. Doa banyak-banyak data tu masih boleh diselamatkan" pujuk achik.

Itulah indahnya bersahabat atas dasar ukhwah Islam, susah senang ditanggung bersama.

"Banyak barang beli kak long?" tanya Kak Ann. Walaupun kedua-duanya senior kami, tapi kak long tua setahun dari Kak Ann.

Kak long hanya tersenyum...

"Aik lain macam saje cara senyum tu?" tanya Darling.

"Ada la tu ye kak long? tak nak kongsi dengan kami ke?" tanya Anja.

"Kak long nak buat persiapan" balas kak long ringkas.

"Persiapan apa pula ni?" tanya Darling.

"Pertunangan kak long bulan Disember nanti" jawab kak long.

"Ye ke? tahniah kak, moga dipermudahkan Allah urusannya" balas Anjang.

Bukan rahsia..itulah kami. Kami cuba menyatukan hati-hati sepertimana doa Rabitah yang sering dibaca semasa membaca Al-Ma'thurat:

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…

doa itu terus kubaca..hingga kini, sahabatku..kalian tetap dihatiku. Moga diberi peluang untuk bertemu lagi, menghubungkan kembali ikatan ukhwah yang murni..Amin.


bersambung...

No comments:

Post a Comment