Wednesday, 2 June 2010

Palestin..sejauh mana kita peduli?

Palestin..akan tiba masamu dibebaskan


Kali ini saya ingin berkongsi tentang isu lama yang sentiasa segar. Isu Palestin. Seingat saya, sejak saya kecil lagi isu negara Palestin telah saya dengari. Kisah kekejaman rejim Israel, kisah penderitaan saudara seagama saya di sana. Dari negara yang besar, sedikit demi sedikit Israel mengambil tanah-tanah umat Islam. Kejam..terlalu kejam tindakan meraka. Namun, saya sering merasakan kekurangan, kehilangan dalam mentafsir sejauh mana saya peduli tentang isu ini.

Melihat pengorbanan kaum muslimin Palestin menunjukkan terdapatnya manusia yang sedia berkorban ke arah mendapatkan keredhaan Allah seperti mana Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2: 207):

dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
Sahabat-sahabatku, hakikatnya hidup ini adalah ujian, kita diuji dengan nikmat kesusahan dan kesenangan. Sahabat kita di Palestin diuji dengan kesusahan, namun ini merupakan peluang buat mereka memperjuangkan kedaulatan agama, kesucian tempat ibadah bagi umat Islam. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:155) yang menyatakan bahawa manusia ini akan diuji, dan hanya yang sabar akan mendapat kemenganangan sebenar:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.

Di sini saya ingin bertanya, sejauh mana kita bergerak dan bertindak seperti mereka? bukanlah saya bermaksud untuk kita melancarkan perang terhadap semua orang bukan Islam. Tapi apa yang maksudkan di sini ialah perang secara berpanjangan. Sejauh mana kita membantu dari jauh? dengan iringan doa dan solat hajat untuk kemenangan Palestin? Saya mengingatkan diri juga, kadang kala nikmat kesenangan menjauhkan kita dari mengingati orang yang susah. Sedangkan setiap apa yang kita miliki akan ditanya di akhirat kelak di mana kita gunakan.


Misi penghantaran bantuan keselamatan yang disekat menunjukkan betapa Israel langsung tidak berperikemanusiaan. Tindakan mereka benar-benar membuktikan kerakusan mereka dalam menghancurkan umat Islam. Andai kita berfikir dengan mata hati, kita pasti mengutuk perbuatan mereka secara keras. Saya berpeluang mendengar ceramah yang diberikan oleh sukarelawan bangsa Yahudi. Dia sendiri mengutuk tindakan kaumnya yang sangat kejam terutama dalam misi bantuan perubatan. Bayangkan, mangsa tembakan dibiarkan sehingga hampir sehari untuk diselamatkan. Umat Islam yang berpenyakit hanya dibiarkan menunggu masa tanpa diberikan bantuan perubatan. Mendengar ini saya tersentak, geram dan rasa tercabar dengan tindakan rejim Israel. Namun, apa yang mampu kita lakukan? bagaimana kita melihat dan bertindak atas isu ini wahai sahabat? Marah tidak akan membawa ke mana, kita perlu berstrategi dalam melangkah.

Di sini saya berikan link website Langit Ilahi yang menerangkan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk menentang musuh-musuh Allah ini. Saya menyeru pada diri sendiri dan sahabat semua, bangunlah sedarlah, bahawa kita sedang dijajah..menyebabkan kita alpa dan leka tentang keadaan sahabat seagama kita. Berilah apa jua bantuan dalam apa jua bentuk yang dibenarkan Islam, supaya kita sama merasa walaupun tidak serupa pernderitaan saudara kita..ya, kita akan ditanya..di mana sumbangan kita, bergeraklah sebelum waktu terlambat...

ingatan untuk diri yang leka..

Wallahua'alam

p/s: salah satu doa yang boleh kita amalkan untuk mendoakan kehancuran musuh Islam ialah qunt nazilah. Sahabat boleh membacanya di sini atau mendengarnya di sini.

1 comment:

  1. Sayangnya masih ramai yang tak peduli tatkala sokongan mula bertambah..

    ReplyDelete