Alhamdulillah bersyukur dapat mendengar pengisian dari Nouman Ali Khan. Sebenarnya saya baru sahaja mendengar nama penceramah ini. Dari link sahabat saya membuka ceramahnya dari you tube. Ceramah tentang pengisian rohani.
Pernahkah anda berada dalam situasi ini:
-Pernah atau sering menyertai program keagamaan seperti ceramah, usrah, seminar, -Pernah atau sering menjadi orang yang mengendalikan program keagamaan (naqibah, penganjur) -Pernah atau sering menyertai program kebajikan atau kemasyarakatan
--> jika anda pernah melakukan satu atau semua perkara di atas, pernahkah pula anda berasa jemu, tidak bersemangat atau liat dalam beribadah seperti membaca Al-Quran dan mentadabbur maknanya, melakukan solat sunat, dan kurang khusyuk dalam solat?
Sahabat-sahabat sekalian,
Jika anda mengalami situasi yang kontra seperti di atas iaitu sering melakukan kebaikan untuk orang lain tetapi jemu atau malas untuk melakukan kebaikan untuk diri sendiri melalui ibadah dan taqarrub kepada Allah, maka fikir-fikirkanlah....
Dari ceramah Nouman, beliau telah berkongsi ayat Allah dalam Surah Al-Baqarah (2: 44-45) yang ditujukan kepada kaum Bani Israel:

44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
45. dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;
Dari ayat di atas, dapat kita mengambil beberapa pengajaran:
1) Allah menyarankan agar kita mengimbangkan antara melakukan kebajikan kepada orang lain dan membuat kebaikan untuk diri sendiri.
2) Allah menyarankan langkah pertama ialah bersabar iaitu menahan diri dari terus melakukan perkara lagha. Sebagai contoh nafsu untuk menonton filem dari satu filem ke seterusnya, keinginan untuk main game secara berterusan. Kawal perasaan itu dengan sabar, InsyaAllah Allah akan membantu kita.
3) Langkah kedua ialah melakukan solat. Di hujung ayat Allah menyatakan bahawa solat adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Jelaslah di sini jika kita mengambil ringan hal solat, maka seharusnya kita menilai sejauh mana kita khusyuk dalam solat. Bagaimana solat anda?
4) Jika solat sudah diluruskan dan diperbaiki, maka terlihatlah hasilnya melalui amalan kita. Kita akan berasa ringan dalam beribadah dan dalam masa yang sama terus menyumbang dalam amal kebaikan kepada orang lain.
5) Allah sebagai khalik yang mencipta manusia mengetahui bahawa spiritual manusia itu akan kosong jika tiada keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat. Walaupun kita ikhlas dalam membantu orang lain, kita juga perlu membantu diri sendiri untuk terus menghidupkan spiritual kita.
6) Kekuatan spiritual dalam memberi kekuatan luaran.
Wallahua'lam
tingkatkan amal, jauhi maksiat
No comments:
Post a Comment