Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa (Al-An'am 6:69)
Wednesday, 27 July 2011
menunggu bulan istimewa-:)
Salam wbt...
Alhamdulillah masih diizin Allah untuk bernafas di bumi luas milik-Nya. Ya Allah, aku lemah dalam segala dosa dan kemaksiatan. Itulah hakikat hidup yang kadang kala kita tertipu dengan dunia. Perkataan "mata' " banyak diulang dalam Al-Quran. Ia merujuk kepada keindahan dunia yang menguji hidup manusia. Kesenangan dunia yang hanya ilusi, makin dikejar, makin tidak kesampaian.
Doa untuk amalan
Sahabatku,
Bersyukurlah andai Allah masih mengurniakan kesedaran atas dosa dan kesalahan kita. Andai satu masa kita rasa selesa dengan maksiat yang kita lakukan, maka sedarlah masa itu hati kita sudah MATI. Ya, mati hati yang kesannya lebih parah dari segala penyakit fizikal.
Sedikit perkongsian kali ini ialah doa yang kawan saya kirimkan. Doa ini bagus untuk diamalkan bagi pelajar yang perlu menghafal pelajaran. Ia juga boleh diamalkan untuk semua orang supaya kita tidak melakukan perkara yang tidak perlu.
Selawat tafrijiyyah
Baru-baru ini saya ada berbual dengan ibunda tercinta. Sebagai anak yang berada jauh di perantauan, saya dibekalkan dengan doa yang boleh diamalkan. Bagi seorang ibu, tiada apa yang diharapkan melainkan kebahagian anak-anaknya. Maka, ibu saya pun mencadangkan agar saya mengamalakn selawat tafrijiyyah sebagai perlindunga. Sebenarnya, makna selawat ini sangat bagus untuk kehidupan kita.
Boleh rujuk cara bacaan dan makna di sini.
Marhaban ya Ramadhan
InsyaAllah tinggal beberapa lagi kita akan menemui bulan yang pernuh barakah, Ramadhan. Bulan rahmat dan maghfirah. Bulan yang dijadikan sebagai hadiah istimewa buat manusia, terutamanya buat ummat Nabi Muhammad SAW yang jangka hidupnya sangat pendek berbanding ummat terdahulu. Terciptanya malam yang menyamain seribu bulan, Lailatul Qadr. Ini satu BONUS buat kita, mari sama-sama kita memanfaatkan hadiah yang Allah bagi ini.
Bulan Ramadhan boleh dijadikan sebagai bulan tarbiyyah rohaniyyah kita. Dalam keadaan kita lapar, banyak perkara maksiat dapat kita tumpaskan. Pandanglah Ramadhan sebagai bulan rahmat bulan bukan mudharat, InsyaAllah moga hujungnya kita dapat menjadi hamba Allah yang baru berbanding sebelumnya. Di sini saya sertakan link untuk video tazkirah tentang "Ramadhan menggamit kasih sayang Allah"
Sahabat-sahabatku,
Hidup kita makin singkat, namun pernahkah kita mengingat tentang kematian yang sentiasa menjemput? adalah kita kesampaian untuk menikmati Ramadhan? Adakah mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita? bersediakah kita untuk menghadap Allah dengan bekal amalan kita kini? Jawablah dengan jujur...
Sebagai peringatan buat diri saya sendiri yang sering lemah dengan godaan dunia. Moga Allah mengampunkan dosa kita semua. Istighfarlah, berzikirlah, moga Allah redha dengan apa yang bakal kita persembahkan di hadapnya nanti, di hari yang tiada siapa dapat membantu kita kecuali bekal amalan kita...
Wallahua'alam
menghitung hari, marhaban ya Ramadhan
Tuesday, 31 May 2011
jom jadi muslim produktif!
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah...tiada pujian yang terbaik, melainkan kepada Allah, pencipta sekalian alam. Bersyukur masih diberi kesempatan untuk hidup di bumimu ya Allah. Hari ini saya ingin share satu laman web yang saya browse hari ini iaitu:
Alhamdulillah saya berpeluang mendengar video berkaitan "Bad Habits: Productivity Killer". Sangat bermanfaat isi kandungannya. Di bawah ini saya sertakan beberapa snap shot dari presentation tersebut.


Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat ditimba dari video ini. Contohnya, kita, tanpa sedar mudah membentuk tabiat buruk berbanding tabiat baik. Hakikatnya hidup kita memang sering diuji oleh bisikan syaitan dan hawa nafsu yang kadangkala tak mampu untuk dikekang. Begitulah Firman Allah:
Surah Ali-Imran [3:14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dalam video ini dinyatakan 7 tips untuk kita cuba membuang sifat buruk dalam diri kita:
1. Expose them: kenalpasti apa sifat buruk kita
2. Understand them: kenapa kita lakukan perkara buruk tersebut? kenapa kita jadi leka? Apa faktor yang menghalang kita untuk berubah?-->sebagai refleksi buat diri kita.
3. Break the chain: berhenti atau lari dari melakukan perkara buruk tersebut. Jauhi sifat tersebut sekurang-kurangnya selama sebulan-->kumpul kekuatan untuk berubah.
4. Change course: ubah paradigma dan cari perkara yang baik dalam hidup.
5. Public pledge: nyatakan pada orang keliling (ex: sahabat, famili) yang kita nak berubah, nyatakan pada mereka yang kita nak buang sifat buruk tersebut, ini dapat jadi support system yang baik, InsyaAllah. Boleh juga nyatakan denda dan ganjaran andai kita lakukan atau berjaya tinggalkan perkara buruk tersebut.
6. Replace with good: tukar ke aktiviti lain yang lebih bermanfaat, tak semesti perkara yang nampak Islamik, yang penting bermanfaat, contohnya bersukan. Tapi kalau dapat tambah amal ibadah itu terbaik!
7. Du'a: senjata muslim yang paling berharga. Kita manusia yang lemah, mohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk berubah. Hakikatnya, selain kehendak untuk berubah, hidayah dan petunjuk dari Allah juga amat penting dalam memacu perubahan diri kita, terutamanya dalam membuang sifat buruk yang sudah sebati dalam diri.
Sekian dulu perkongsian dari saya, ubah diri, hiasalah peribadi dengan akhlak mulia. Ketamadunan manusia tidak hanya diukur dari pembangunan fizikal tapi juga peribadi dan akhlak yang mulia. Jom jadi muslim produktif!
usaha untuk ubah diri
malam
Monday, 30 May 2011
mencari alternatif
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? Moga hari ini menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua. Saya yakin ada di kalangan sahabat-sahabat yang gemar browsing internet, membaca blog dan mungkin melihat video yang menarik di youtube.
Pada pendapat saya, dalam arus perdana sekarang ini memang bukan perkara yang pelik internet menjadi wadah utama atau sumber utama maklumat kepada kita. Dalam saya melihat semua maklumat ini, saya mengingatkan diri bahawa perlunya ada benteng dan tapisan dalam menilai semua maklumat tersebut.
Benteng
Sebagai contoh, dalam peperangan yang pernah dilalui oleh Baginda Nabi SAW, benteng atau pertahanan yang kukuh menjadi keutamaan untuk dilakukan. Begitulah juga kita, cara kita membentuk persepsi bergantung kepada sistem nilai kita. Oleh sebab itu, bentuklah nilai yang baik untuk diri kita dan orang sekitar kita.
Realiti
Dalam kehidupan kita yang pastinya realiti, sistem nilai kita sering diuji. Sejak dari kecil lagi ibu dan ayah kita membentuk sistem nilai yang baik. Sebagai contoh, bagaimana kita diajar untuk merendahkan suara apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Namun, realiti kini, bila kita meningkat dewasa, banyak contoh yang berlaku sebaliknya. Ramai orang yang lebih muda mengherdik orang yang lebih tua, hanya kerana merasa diri sendiri lebih hebat. Itu realiti.
Alternatif
Saya melihat sebagai orang yang jauh dari tanah air, kita perlu bergerak ke arah perkara alternatif yang lebih baik. Sebagai contoh media alternatif, hiburan alternatif dan sebagainya. Oleh sebab itu, apabila saya tahu tentang media alternatif iaitu TV Al-Hijrah, saya rasa seronok dengan usaha yang dilakukan. Moga dengan adanya alternatif ini anjakan pemikiran boleh berlaku di kalangan masyarakat. Radio IKIM juga menjadi alternatif buat pendengar radio. Begitu juga dengan hiburan; banyak program yang membawa kita untuk mengingati Allah, bukan sekadar menjadi penyedap mata dan telinga kita semata-mata. Contohnya program realiti Imam Muda yang boleh menjadi contoh dakwah bil hal di kalangan anak muda.
Antara program yang disiarkan di TV Al-Hijrah
Imam Muda: program realiti yang benar-benar menguji minda, ilmu dan kemampuan anak muda, bukan hanya fokus bakat tertentu sahaja.sumber
Sebagai manusia, kita diberi DUA pilihan; pilih kebaikan atau keburukan. Pilihan itu di tangan kita dan pilihan itu akan ditanya oleh Allah nanti. Marilah sama-sama menyokong perkara alternatif yang boleh bawa kebaikan, moga Allah redha dengan usaha ini, InsyaAllah.
sokong perkara kebaikan, moga kita terdorong buat kebaikan, biiznillah.
cerah
Sunday, 29 May 2011
hikmah kembara
Assalamualaikum wbt,
InsyaAllah kali ini saya nak berkongsi gambar...tentang alam, ciptaan Allah yang Maha Agung-:)
Kita digalakkan untuk mengembara..melihat alam kejadian Allah. Dengan berjaulah pastinya ada pengajaran yang dapat dikutip. Mungkin bukan melalui pengajaran formal, tapi melalui pemerhatian kita di sepanjang perjalanan. Setiap tingkah laku manusia dapat kita kutip sebagai pengajaran.
Saya bukanlah photographer yang hebat. Sekadar coretan pengalaman menggunakan kamera yang biasa-biasa sahaja. Di sini ingin saya kongsikan gambar semasa berjaulah bersama kawan-kawan di tempat yang damai-:)
carilah hikmah dari kembara itu..terimalah "hikmah kembara"
Wallahua'lam
jazakillah...terima kasih...gracias
Bismillahirrahmanirrahim
Post kali ini saya tujukan khas buat sahabat-sahabat yang sudi menjadi follower blog ini. Rasa malu sebab saya sendiri jarang-jarang update blog ini dan berkongsi dengan kawan-kawan semua. Sebenarnya, saya amat menghargai kesudian anda semua untuk follow blog ini-:).
Sebagai insan yang tak punya apa untuk dikongsi, hanya sedikit yang dapat saya sampaikan. Namun, pada saya bukanlah kurangnya ilmu itu boleh jadi penghalang untuk kita berkongsi. Kita semua diseru untuk menyampaikan mengikut kapasiti dan kemampuan kita. Yang penting ilmu itu bermanfaat dan boleh diamalkan.
Sekali lagi, terima kasih, jazakillah, gracias...dan semua ungkapan terbaik buat kalian semua, moga sentiasa dalam perlindungan Allah. Saya amat berharap agar kita dapat lebih berkongsi ilmu dan pengalaman selepas ini. Hakikatnya, saya masih kurang amat dari segi ilmu, besarlah harapan agar dapat berkognsi dengan kalian semua, InsyaAllah.
Lagu ini ditujukan khas buat kalian semua...
p/s: best juga kalau buat group fb, untuk sama-sama sharing
mendung...hujan
ingatan untuk menghargai diri
hargai diri...hargai nikmat Illahisumber
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? Moga sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Hari ini saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan semua untuk kembali menghargai diri dan kehidupan yang dikurniakan Allah. Marilah kita menghayati rakaman ini dari Dr MAZA..(klik sini)
Sahabat yang dikasihi sekalian...
Kenapa kita perlu mengasihi diri?
Saya yakin ada di antara kita yang pernah membaca Surah Ar-Rahman, ayat yang sama diulang beberapa kali di dalam surah tersebut:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Nikmat...ya nikmat itulah yang sering kali kita lupakan. Nikmat masa, kejayaan, kewangan, keluarga yang bahawa, dan senarai panjang yang terungkapkan. Itulah nikmat-nikmat Allah yang mungkin kita lupakan.
Bagaimana kita kini? adakah kita berpagi-pagi dengan rasa syukur atas peluang yang Allah berikan untuk kita bangun dalam sihat dan hidup. Pernahkah kita terfikir andai malam tadi adalah hari terakhir kita, apa yang akan kita persembahkan kepada Allah? Cukupkah amalan kita? Ke mana kita akan ditempatkan?
Persoalan-persoalan ini saya yakin kita semua pernah memikirkannya. Bersyukurlah andai hati masih diketuk dengan rasa untuk berubah. Berfikirlah sedalamnya andai hati masih rasa jauh dari takut kepada Allah.
Sahabat-sahabat sekalian,
Di sini saya ingin mencadangkan satu bahan bacaan tentang dakwah kepada diri, perubahan pada diri. Pada saya buku ini sangat dalam maknanya. Mungkin kerana ianya merupakan hasil luahan dan pengalaman penulis sendiri.

Pada saya pengakuan jujur Prof Kamil dalam buku ini membuktikan kesungguhan beliau untuk mengubah diri dan persekitaran untuk lebih dekat kepada Allah. Akhirnya membawa kepada menghargai hidup yang Allah berikan.
Kuatkanlah rasa tawakal kita kepada Allah, tingkatkan pergantungan kita kepada-Nya. Boleh rujuk sini untuk tambahan ilmu.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kebaikan kita bersama. Berubahlah wahai diri, bawalah hati untuk ingat Allah, Tuhan yang sangat menyayangi makhluk-Nya. Cuma kita yang mungkin
"kurang merasai" atau "kurang menghargai" kasih-Nya.
Sama-sama fikirkan.
Ingatan buat diri jua
cerah cuaca
Saturday, 16 April 2011
Kesedaran dalam diri ….
Apa khabar iman?
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus hidup di bumi Allah yang Maha luas. Allah….rasa kerdil dan lemah mengingatkan diri yang tak dapat istiqamah dalam beramalan. Sesungguhnya setiap dari diri kita akan diuji dan terus dicuba. Kenapa? Kerana itulah antara hakikat kehidupan yang menjadi kayu pengukur ke mana akhirnya kehidupan kita nanti. Hidup…mati manusia hanya Allah yang tentukan, apa yang penting…bagaimana hubungan kita?
Kesedaran yang bagaimana?
Seringkali kita berada di persimpangan dalam membuat kebaikan dan menghindari kejahatan. Hakikatnya itulah hidup, sejak dari penciptaan manusia yang pertama, ujian itu telah diturunkan.
Sepertimana sebahagian dari firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah (2: 214):
“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu……”
Saya berpeluang menyertai satu program motivasi yang dianjurkan oleh universiti. Sebenarnya sudah lama saya tidak ter”motivasi”. Sebenarnya motivasi tidak seharusnya bertindak sebagai ubat yang hanya dimakan bila kita ditimpa penyakit, tapi harus dianggap sebagai “pushing force” yang perlu sentiasa digerakkan dalam kehidupan seharian. Mungkin itulah kurangnya pada diri saya, sepertimana iman manusia, begitu jugalah motivasi ada naik dan turunnya.
Jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya dapat dari program tersebut. Penceramah itu asalnya adalah seorang ahli zoologi yang akhirnya bertukar bidang ke motivasi dan pengurusan manusia. Pada saya ia agak menakjubkan bila beliau berani mengubah hala hidup atas dasar minat. Itu juga hasil dari motivasi yang tinggi dan kemampuan untuk berubah dan cuba beradaptasi dengan cabaran baru. Ok, berikut isi program yang boleh saya kongsikan:
1. Kesedaran untuk berubah perlu dimulakan dengan mengenalpasti masalah yang kita hadapi.
2. Menyedari dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah.
3. Bergerak dan bertindak untuk selesaikan masalah.
Motivasi boleh dikekalkan dengan menyedari tujuan kita melakukan sesuatu perkara. Di sini saya bagi contoh:
“Ali rasa malas nak buat assignment, rasa penat dan tak bersemangat untuk belajar”
Jadi untuk Ali, apa yang penting ialah untuk menyedari apa tujuan utama dia belajar? Adalah untuk mendapat ijazah? Untuk memenuhi cita-cita ibu bapa? Mendapat penghargaan dari orang luar?
Andaikata niat kita tertumpu untuk mendapat redha Allah dan memperbaiki diri kita melalui ilmu yang diperoleh, InsyaAllah Allah akan mudahkan jalan untuk kita buat kebaikan dan kekal dalam kebaikan. Untuk istiqmah dalam beramal sangatlah perlu untuk kita meningkatkan pergantungan kita dengan Allah yang memegang hati kita. Kepada-Nya kita beroda dan merintih agar terus kekal istiqamah dalam kebaikan.
Sahabat-sahabat sekalian,
Saya yakin setiap dari kita pernah termotivasi melalui program motivasi. Tapi apa yang penting ialah untuk kekal dalam momentum tersebut. Janganlah kita menjadi orang yang rugi kerana tidak menyedari nikmat Allah kepada kita dan akhirnya menjadi individu yang kufur nikmat. Marilah kita terus berubah ke arah kebaikan . Berdoalah supaya hidayah Allah sentiasa bersama kita.
Mari kita terus bermotivasi dan memotivasikan orang lain. Hati kita pasti tenang jika mampu membuat kebaikan bukan sahaja bagi diri kita tapi kepada orang lain juga.
Sekadar ingatan buat diri…..
Cerah summer






