Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa (Al-An'am 6:69)
Tuesday, 31 May 2011
jom jadi muslim produktif!
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah...tiada pujian yang terbaik, melainkan kepada Allah, pencipta sekalian alam. Bersyukur masih diberi kesempatan untuk hidup di bumimu ya Allah. Hari ini saya ingin share satu laman web yang saya browse hari ini iaitu:
Alhamdulillah saya berpeluang mendengar video berkaitan "Bad Habits: Productivity Killer". Sangat bermanfaat isi kandungannya. Di bawah ini saya sertakan beberapa snap shot dari presentation tersebut.
Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat ditimba dari video ini. Contohnya, kita, tanpa sedar mudah membentuk tabiat buruk berbanding tabiat baik. Hakikatnya hidup kita memang sering diuji oleh bisikan syaitan dan hawa nafsu yang kadangkala tak mampu untuk dikekang. Begitulah Firman Allah:
Surah Ali-Imran [3:14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dalam video ini dinyatakan 7 tips untuk kita cuba membuang sifat buruk dalam diri kita:
1. Expose them: kenalpasti apa sifat buruk kita
2. Understand them: kenapa kita lakukan perkara buruk tersebut? kenapa kita jadi leka? Apa faktor yang menghalang kita untuk berubah?-->sebagai refleksi buat diri kita.
3. Break the chain: berhenti atau lari dari melakukan perkara buruk tersebut. Jauhi sifat tersebut sekurang-kurangnya selama sebulan-->kumpul kekuatan untuk berubah.
4. Change course: ubah paradigma dan cari perkara yang baik dalam hidup.
5. Public pledge: nyatakan pada orang keliling (ex: sahabat, famili) yang kita nak berubah, nyatakan pada mereka yang kita nak buang sifat buruk tersebut, ini dapat jadi support system yang baik, InsyaAllah. Boleh juga nyatakan denda dan ganjaran andai kita lakukan atau berjaya tinggalkan perkara buruk tersebut.
6. Replace with good: tukar ke aktiviti lain yang lebih bermanfaat, tak semesti perkara yang nampak Islamik, yang penting bermanfaat, contohnya bersukan. Tapi kalau dapat tambah amal ibadah itu terbaik!
7. Du'a: senjata muslim yang paling berharga. Kita manusia yang lemah, mohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk berubah. Hakikatnya, selain kehendak untuk berubah, hidayah dan petunjuk dari Allah juga amat penting dalam memacu perubahan diri kita, terutamanya dalam membuang sifat buruk yang sudah sebati dalam diri.
Sekian dulu perkongsian dari saya, ubah diri, hiasalah peribadi dengan akhlak mulia. Ketamadunan manusia tidak hanya diukur dari pembangunan fizikal tapi juga peribadi dan akhlak yang mulia. Jom jadi muslim produktif!
usaha untuk ubah diri
malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment