Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? Moga hari ini menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua. Saya yakin ada di kalangan sahabat-sahabat yang gemar browsing internet, membaca blog dan mungkin melihat video yang menarik di youtube.
Pada pendapat saya, dalam arus perdana sekarang ini memang bukan perkara yang pelik internet menjadi wadah utama atau sumber utama maklumat kepada kita. Dalam saya melihat semua maklumat ini, saya mengingatkan diri bahawa perlunya ada benteng dan tapisan dalam menilai semua maklumat tersebut.
Benteng
Sebagai contoh, dalam peperangan yang pernah dilalui oleh Baginda Nabi SAW, benteng atau pertahanan yang kukuh menjadi keutamaan untuk dilakukan. Begitulah juga kita, cara kita membentuk persepsi bergantung kepada sistem nilai kita. Oleh sebab itu, bentuklah nilai yang baik untuk diri kita dan orang sekitar kita.
Realiti
Dalam kehidupan kita yang pastinya realiti, sistem nilai kita sering diuji. Sejak dari kecil lagi ibu dan ayah kita membentuk sistem nilai yang baik. Sebagai contoh, bagaimana kita diajar untuk merendahkan suara apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Namun, realiti kini, bila kita meningkat dewasa, banyak contoh yang berlaku sebaliknya. Ramai orang yang lebih muda mengherdik orang yang lebih tua, hanya kerana merasa diri sendiri lebih hebat. Itu realiti.
Alternatif
Saya melihat sebagai orang yang jauh dari tanah air, kita perlu bergerak ke arah perkara alternatif yang lebih baik. Sebagai contoh media alternatif, hiburan alternatif dan sebagainya. Oleh sebab itu, apabila saya tahu tentang media alternatif iaitu TV Al-Hijrah, saya rasa seronok dengan usaha yang dilakukan. Moga dengan adanya alternatif ini anjakan pemikiran boleh berlaku di kalangan masyarakat. Radio IKIM juga menjadi alternatif buat pendengar radio. Begitu juga dengan hiburan; banyak program yang membawa kita untuk mengingati Allah, bukan sekadar menjadi penyedap mata dan telinga kita semata-mata. Contohnya program realiti Imam Muda yang boleh menjadi contoh dakwah bil hal di kalangan anak muda.
Antara program yang disiarkan di TV Al-Hijrah
Imam Muda: program realiti yang benar-benar menguji minda, ilmu dan kemampuan anak muda, bukan hanya fokus bakat tertentu sahaja.
sumber
Imam Muda: program realiti yang benar-benar menguji minda, ilmu dan kemampuan anak muda, bukan hanya fokus bakat tertentu sahaja.
sumber
Sebagai manusia, kita diberi DUA pilihan; pilih kebaikan atau keburukan. Pilihan itu di tangan kita dan pilihan itu akan ditanya oleh Allah nanti. Marilah sama-sama menyokong perkara alternatif yang boleh bawa kebaikan, moga Allah redha dengan usaha ini, InsyaAllah.
sokong perkara kebaikan, moga kita terdorong buat kebaikan, biiznillah.
cerah
No comments:
Post a Comment