Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa (Al-An'am 6:69)
Wednesday, 27 July 2011
menunggu bulan istimewa-:)
Salam wbt...
Alhamdulillah masih diizin Allah untuk bernafas di bumi luas milik-Nya. Ya Allah, aku lemah dalam segala dosa dan kemaksiatan. Itulah hakikat hidup yang kadang kala kita tertipu dengan dunia. Perkataan "mata' " banyak diulang dalam Al-Quran. Ia merujuk kepada keindahan dunia yang menguji hidup manusia. Kesenangan dunia yang hanya ilusi, makin dikejar, makin tidak kesampaian.
Doa untuk amalan
Sahabatku,
Bersyukurlah andai Allah masih mengurniakan kesedaran atas dosa dan kesalahan kita. Andai satu masa kita rasa selesa dengan maksiat yang kita lakukan, maka sedarlah masa itu hati kita sudah MATI. Ya, mati hati yang kesannya lebih parah dari segala penyakit fizikal.
Sedikit perkongsian kali ini ialah doa yang kawan saya kirimkan. Doa ini bagus untuk diamalkan bagi pelajar yang perlu menghafal pelajaran. Ia juga boleh diamalkan untuk semua orang supaya kita tidak melakukan perkara yang tidak perlu.
Selawat tafrijiyyah
Baru-baru ini saya ada berbual dengan ibunda tercinta. Sebagai anak yang berada jauh di perantauan, saya dibekalkan dengan doa yang boleh diamalkan. Bagi seorang ibu, tiada apa yang diharapkan melainkan kebahagian anak-anaknya. Maka, ibu saya pun mencadangkan agar saya mengamalakn selawat tafrijiyyah sebagai perlindunga. Sebenarnya, makna selawat ini sangat bagus untuk kehidupan kita.
Boleh rujuk cara bacaan dan makna di sini.
Marhaban ya Ramadhan
InsyaAllah tinggal beberapa lagi kita akan menemui bulan yang pernuh barakah, Ramadhan. Bulan rahmat dan maghfirah. Bulan yang dijadikan sebagai hadiah istimewa buat manusia, terutamanya buat ummat Nabi Muhammad SAW yang jangka hidupnya sangat pendek berbanding ummat terdahulu. Terciptanya malam yang menyamain seribu bulan, Lailatul Qadr. Ini satu BONUS buat kita, mari sama-sama kita memanfaatkan hadiah yang Allah bagi ini.
Bulan Ramadhan boleh dijadikan sebagai bulan tarbiyyah rohaniyyah kita. Dalam keadaan kita lapar, banyak perkara maksiat dapat kita tumpaskan. Pandanglah Ramadhan sebagai bulan rahmat bulan bukan mudharat, InsyaAllah moga hujungnya kita dapat menjadi hamba Allah yang baru berbanding sebelumnya. Di sini saya sertakan link untuk video tazkirah tentang "Ramadhan menggamit kasih sayang Allah"
Sahabat-sahabatku,
Hidup kita makin singkat, namun pernahkah kita mengingat tentang kematian yang sentiasa menjemput? adalah kita kesampaian untuk menikmati Ramadhan? Adakah mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita? bersediakah kita untuk menghadap Allah dengan bekal amalan kita kini? Jawablah dengan jujur...
Sebagai peringatan buat diri saya sendiri yang sering lemah dengan godaan dunia. Moga Allah mengampunkan dosa kita semua. Istighfarlah, berzikirlah, moga Allah redha dengan apa yang bakal kita persembahkan di hadapnya nanti, di hari yang tiada siapa dapat membantu kita kecuali bekal amalan kita...
Wallahua'alam
menghitung hari, marhaban ya Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment