Bismillahirrahmanirrahim,
Dalam bahagia ada derita, dalam gembira ada juga yang sengsara. Hakikat hidup manusia itu diselang seli antara manis dan pahit. Tujuannya apa? Bukankah lebih baik andai hanya manis yang kita alami tanpa pahit mengganggunya?.
Sahabat-sahabatku,
Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-Nya. Kidah keperitan saudara seagama kita di Syria menggamit hati saya untuk berkongsi apa yang sedang berlaku di negara itu. Rupanya selama ini saudara kita di sana tidak bahagia, namun akibat kekejaman pimpinan di sana, semuanya berjaya ditutup dengan mudah. Luar nampak bahagia, namun setia hari mereka terseksa dalam penjara seorang diktator bernama Basyar Al-Asad.
Kisah duka itu
Kisah duka yang meruntun hati manusia berlaku sejak sekian lama. Namun, selepas kebangkitan suara rakyat berlaku di Syria, lebih banyak pendedahan dibuat melalui media massa. Seperti mana perisitiwa "Arab Springs" yang bermula di Mesir, Libya dan negara-negara terdekat, begitu jualah yang terjadi di Syria. Bumi tempat kelahiran ramai ulama' itu terus menjadi medan berdarah angkara sikap manusia yang tamakkan kuasa.
Sebelum ini sejujurnya saya benar-benar tidak mengetahui lanjut tentang negara-negara Arab. Sangkaan saya, negara-negara Arab semuanya mewah, rakyatnya hidup senang dan bahagia. Rupanya ada di sebalik imej yang dipaparkan.
Bukanlah saya orang yang selayaknya menceritakan tentang isu Syria kepada sahabat-sahabat semua. Jadi, di sini saya sertakan beberapa klip video beserta link yang boleh anda tonton untuk menambah kefahaman tentang isu di Syria. Moga usaha sedikit ini mampu melahirkan kesedaran buat kita.
No comments:
Post a Comment