Thursday, 13 October 2011

Islam kita yang bagaimana?




Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurniaan Allah yang melimpah. Moga kesyukuran yang hadir bukan sekadar di bibir, tapi segar dalam hati dan amal perbuatan. Hari ini sebenarnya saya terjumpa dengan blog Ustaz Emran Ahmad. Pengisiannya menarik dan up to date.

Islam kita bagaimana?

Saya baru sahaja terjumpa blog ustaz. Sebenarnya, ketika saya mendengar radio IKIM.fm saya tertarik dengan topik perbincangan yang dipengerusikan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin. Pada mulanya saya tidak tahu apa tajuk perbincangan yang sedang berlangsung.

Saya terdengar perkataan "label ahli sunnah" disebut oleh tetamu pada hari itu. Katanya, ramai orang menggunakan label ahli sunnah kerana ia menjadi trend terkini. Tetapi, persoalannya adakah benar amalan seseorang itu mencerminkan perbuatan ahli sunnah? Perbincangan itu sangat menarik. Antara isu melibatkan bagaimana kita pentafsiran keislaman kita selama ini.

*Adakah Islam kita berdasarakan apa yang ustaz kita ajarkan?
*Adakah Islam kita hanya ikut-ikutan?
*Adakah kita mengamalkan Islam sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW?



Rupa-rupanya topik perbincangan berkait dengan kupasan buku "Islam Anda Tafsiran Siapa ?" yang ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad. Sinopsis buku boleh dirujuk di SINI.

Muhasabah diri

Apabila saya mendengar isi perbincangan ini saya amat merasakan peri pentingnya untuk kita sentiasa bermuhasabah. Kenal pasti mana sumber yang kita ambil untuk setiap amalan agama yang kita lakukan. Pastikan setiap sumber itu jelas dan yang paling penting sampai kepada sumber utama iaitu dari Nabi junjungan kita.

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk memiliki buku ini. Duduklah sebentar, baca dan renungi. Sedetik kita berfikir, mungkin lebih baik untuk memastikan kebenaran setiap tindakan kita. Saya berharap saya juga mampu memiliki buku ini nanti, InsyaAllah.

Di sini saya sertakan link penerbit buku di atas.

Selamat membaca!

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment